[ad_1]

PETALING JAYA: PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin, berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat itu telah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Ampang itu, semalam.

“Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutnya, sama ada pendengaran atau digugurkan. Itu dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada surat itu dikeluarkan atas sebab ucapan ataupun kehadiran Zuraida dalam mesyuarat-mesyuarat parti, Saifuddin Nasution bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.



[ad_2]
Source link