[ad_1]

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Yusoff Rawther di Ibu Pejabat Bukit Aman pada Isnin.

Yusoff, 26, memberi keterangan kira-kira tujuh jam di ibu pejabat berkenaan berhubung dakwaannya berkaitan salah laku seks terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia yang tiba pada jam 1 tengahari itu dilihat bersama peguamnya Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla sebelum keluar dari perkarangan Bukit Aman pada kira-kira jam 9.15 malam

Mohamed Haniff ketika ditemui memaklumkan bahawa keterangan anak guamnya direkod oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Jelasnya, kerjasama penuh akan diberikan anak guamnya jika dipanggil lagi bagi memberi keterangan.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Yusoff sebelum itu membuat satu akuan bersumpah (SD) pada 19 November sebelum membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur.

BACA: Dakwaan mencabul: Anwar nafi, sifatkan niat jatuhkan imejnya

BACA: “Yusoff Rawther mangsa permainan politik” – Mohideen

Dalam laporan itu, Yusoff antara lain bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpahnya.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan beliau dan menyifatkannya sebagai fitnah tidak berasas.

Sementara itu, peguam yang mewakili Anwar, Ramkarpal Singh dalam pada itu menjelaskan bahawa pasukkan tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kepada Yusoff.



[ad_2]
Source link