[ad_1]
Allahyarham disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 11.55 pagi tadi.
Sebelum ini, Yazit disahkan mengidapi penyakit buah pinggang yang kronik sejak beberapa tahun lalu.
Sejak berita itu tersebar pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada pemain drum tersohor itu. BACA: Yazit Search tunjuk perkembangan positif, keluar dari zon merah
Penderitaan yang dihadapi bekas pemain drum kumpulan rock ternama tanah air, Search itu juga mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL
Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.
Sebelum ini, Yazit telah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan paru-paru selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.
[ad_2]
Source link