[ad_1]

KUCHING: Seorang nelayan dipercayai warganegara Filipina yang hanyut selama lima hari diselamatkan oleh bot milik sebuah pelantar minyak di perairan Miri.



Nelayan terbabit mengatakan bahawa dia telah terpisah dengan bot utama semasa sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Bintulu-Miri.

Mangsa yang dikenali sebagai ‘Worknel’ berumur dalam lingkungan 60an itu telah diberikan rawatan awal dan juga makanan oleh kru yang berada di atas pelantar.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching yang dimaklumkan berkenaan kejadian itu telah mengambil tindakan dengan menghantar aset yang sedang beroperasi untuk ke lokasi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya segera menghantar aset untuk menyelamatkan mangsa yang dilaporkan berada di atas kapal MV Fermann sejurus menerima laporan.

Mangsa yang dikenali sebagai ‘Worknel’ berumur dalam lingkungan 60an itu telah diberikan rawatan awal dan juga makanan oleh kru yang berada di atas pelantar.  - Foto APMM Sarawak

Mangsa selamat dipindahkan ke atas kapal Maritim Malaysia sekitar jam 11.00 malam sebelum tiba di Jeti Marina Bay, Miri sekitar jam 8.15 pagi tadi.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk diperiksa keadaannya dan seterusnya akan menyerahkan mangsa kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.



Laporan polis juga telah dibuat memandangkan mangsa tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.



[ad_2]
Source link