[ad_1]

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan China melaporkan maklumat relevan berkenaan novel koronavirus selepas mengenal pasti kes berkaitan radang paru-paru (pneumonia) di Wuhan.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, pihak berkuasa kesihatan China dengan segera menghubungi pejabat WHO di China dan mengesahkan maklumat berkenaan kepada mereka.

Jelasnya, laporan tersebut diterima pada 31 Disember dan pada hari sama, laporan tersebut dirujuk kepada pasukan epidemik WHO. 

“Sejurus selepas menerima laporan tersebut, pejabat kami berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan China dan Suruhanjaya Kesihatan Negara itu untuk mengesahkan perkara itu.

“Pada masa sama, pihak berkuasa China terus berhubung dengan kami selepas menerima laporan berkenaan,” jelasnya. 

Selepas menerima laporan tersebut, Ryan menjelaskan WHO perlu meneruskan kajian terperinci bagi mengenal pasti dengan lebih mendalam berkenaan virus tersebut.

Sehingga kini, pihak WHO masih bekerja rapat dengan pihak berkuasa kesihatan China.



[ad_2]
Source link