[ad_1]

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan dana berjumlah AS$30 bilion (kira-kira RM130 juta) bagi mempercepat usaha mengekang penularan COVID-19.

Ini meliputi usaha pembangunan dan penghasilan kit ujian saringan, vaksin dan rawatan pesakit.

April lalu, WHO melancarkan inisiatif Act Accelerator bagi menyasar pengumpulan dana antarabangsa untuk menangani pandemik COVID-19.

Sehingga kini, sejumlah AS$3.4 bilion berjaya dikumpulkan.

Badan dunia itu memerlukan tambahan AS$27 juta lagi bagi tempoh 12 bulan.  

“Adalah jelas untuk mengawal COVID-19 dan menyelamatkan nyawa, kita memerlukan vaksin yang berkesan, ujian diagnostik dan terapeutik dalam jumlah yang banyak dan cepat.

“Adalah jelas kerana semua individu terdedah kepada risiko COVID-19, semua orang perlu ada akses kepada alat bagi mencegah, mengesan dan merawat, dan bukan hanya kepada mereka yang tidak mampu,” kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum WHO mengadakan persidangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Sidang diharap dapat meraih sokongan dan dana bagi tujuan sama.

WHO berpendapat lebih cepat usaha dilaksanakan bagi menghentikan penularan COVID-19, lebih cepat sektor ekonomi kembali normal.



[ad_2]
Source link