[ad_1]

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) merancang melancarkan aplikasi pada bulan ini bagi membantu masyarakat di negara kekurangan sumber mengetahui sekiranya mereka mungkin dijangkiti COVID-19.

Ketua pegawai informasi WHO Bernardo Mariano memberitahu Reuters, aplikasi itu dijangka mempunyai pengesanan kontak melalui kaedah Bluetooth.

Aplikasi tersebut akan bertanya kepada pengguna mengenai gejala yang dialami dan memberikan panduan bagi mengenal pasti sama ada mereka menghidap COVID-19 atau tidak.

Maklumat lain seperti bagaimana untuk melakukan ujian akan diselaraskan mengikut negara pengguna.

Dalam temubual bersama agensi berita itu, Mariano berkata, walaupun WHO akan mengeluarkan versi global aplikasi itu, mana-mana kerajaan dapat menggunakannya dengan penambahbaikan versi sendiri.

Negara seperti India, Australia dan United Kingdom (UK) telah melancarkan aplikasi virus sendiri menggunakan teknologi mereka dengan ciri-ciri umum.

Ia termasuk memaklumkan kepada pengguna sama ada mereka perlu membuat ujian saringan jika mempunyai simptom dan mengesan pergerakan pengguna bagi memastikan pengesanan kontak lebih cekap.

Beberapa negara lagi meningkatkan pengesanan kontak atau proses pencarian kontak dan mengasingkan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19.

Ini dilihat penting untuk membuka ekonomi dengan selamat.

WHO berharap aplikasi ini menarik minat negara lain termasuk beberapa negara di benua Amerika Selatan dan Afrika yang mempunyai peningkatan kes jangkitan serta kekurangan teknologi.

Jurutera dan pereka, termasuk bekas kakitangan Google dan Microsoft, telah dengan cara sukarela mengembangkan aplikasi baru itu dengan lima daripada mereka sedang memantau proses tersebut.

Apple dan Google telah menyatakan bahawa sistem mereka tidak akan menggunakan data peribadi pengguna untuk tujuan lain dan akan menghentikan aplikasi itu apabila ia berakhir.

WHO merancang untuk melancarkan garis panduan pada minggu depan berhubung isu-isu yang setiap negara perlu pertimbangkan dalam membina aplikasi mengesan kontak tersebut

Bagi mereka yang mempunyai akses internet yang terhad, WHO sedang berusaha menyampaikan maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Mac lalu, WHO melancarkan akaun menerusi WhatsApp untuk memberi maklumat mengenai koronavirus kepada pengguna.



[ad_2]
Source link