KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai di Batu Caves.

Balai Polis Gombak memaklumkan telah menerima panggilan kira kira jam 5.35 petang mendakwa terdapat seorang lelaki dibunuh.

Pemeriksaan forensik menemui mayat mangsa di dalam koridor bilik. Beberapa kesan tetakan di tangan dan dada turut ditemukan.

Menurut polis, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Source link