[ad_1]

KUALA LUMPUR: Waktu Subuh bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilewatkan selama lapan minit bermula esok, 30 Nov.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20 dan 21 Nov.

“Kami mengambil prihatin isu tambahan lapan minit sebagai permulaan masuk waktu Subuh dari waktu sedia ada dalam taqwim Selangor.

“Hal ini kerana ditukar darjah dari 20 kepada 18 dan setiap darjah dikira empat minit, justeru dua darjah menjadi lapan minit,” katanya menerusi satu kenyataan di laman rasmi Twitter beliau, hari ini.

BACA: Tambahan 8 minit waktu Subuh di seluruh Selangor mulai esok

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan itu.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan terdapat perubahan waktu solat subuh bagi seluruh kawasan di negeri itu bermula hari ini dengan tambahan lapan minit daripada waktu asal semasa.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link