[ad_1]

JAKARTA: Seorang lelaki diburu polis susulan rakaman video yang menunjukkan dia makan seekor kucing hidup-hidup tular di media sosial.
 
Dalam kejadian dipercayai di sebuah pasar utama di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, lelaki berusia sekitar 40-an itu dilihat memegang kucing berkenaan sebelum menggigit bahagian badan haiwan malang itu hingga perutnya terburai.

Lelaki yang kelihatan memakai topi biru dengan jaket coklat itu juga mengaku berada dalam keadaan sedar ketika melakukannya.

Polis Metro Kemayoran dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih menyiasat rakaman video itu dan memburu pelakunya namun belum berhasil, lapor media tempatan.

Sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti motif tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu.

“Apakah dia stres, kami tidak pasti. Kita mahu tanya apa tujuan dia makan kucing di khalayak ramai,” menurut jurucakap polis.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki yang dipercayai tidak siuman itu. Manakala yang lain pula mengaitkannya dengan unsur mistik.



[ad_2]
Source link