Penggunaan komputer riba ataupun laptop sememangnya memberikan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Selain dapat ‘menjelajah’ dunia menggunakan internet, pengguna juga boleh membuat pelbagai tugasan seperti menulis, menyunting, menyimpan gambar ataupun video dan banyak lagi.

Pelbagai jenis kemudahan atau ‘shortcut’ yang dapat membantu anda untuk memudahkan dan juga mempercepatkan tugasan. Antaranya ialah cara untuk merekodkan skrin komputer riba anda. Mungkin ramai beranggapan bahawa untuk melakukan ini memerlukan software dari luar. Pun begitu, menerusi perkongsian dari Hafizi Zain di laman Tiktok, perkara tersebut boleh dibuat dengan mudah tanpa menggunakan software pun.

Caranya mudah sahaja, butang windows, alt dan juga R menjadi kata kunci buat tips kali ini. Hanya perlu menekan ketiga-tiga butang ini secara serentak dan skrin anda sudahpun direkod sambil tanda ‘recording’ berserta masa akan terpapar di bahagian kanan skrin anda.

Setelah selesai rekodkan, anda hanya perlu klik ‘stop’ dan rakaman tersebut terus tersimpan di dalam laptop anda. Walau bagaimanapun, menurutnya, kemudahan ini boleh digunakan bagi pengguna Windows 10 sahaja.

Untuk lebih mudah memahaminya, tonton video di bawah yang dikongsikan oleh Hafizi Zain.

@hafizi.zain

Ramai belum tahu ni.. Cara ‘Shortcut’ nak rekod screen di Laptop anda. #tiktokguru #foryou #viral #tiktokmalaysia #hafizizain

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Sumber: hafizi.zain


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.