[ad_1]

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata isu video intim yang banyak diperkatakan kebelakangan ini adalah satu isu politik dan bukannya isu moral.

Justeru kata beliau, perkara itu  perlu ditangani secara politik.

“Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau chedet.cc

Berikut adalah catatan penuh yang dimuatnaik hari ini:

1. Saya sering ditanya berkenaan video lucah.

2. Video ini dibuat dan di viral jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.

3. Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar.

4. Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa.

5. Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.

6. Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip.

7. Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

8. Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik.



[ad_2]
Source link