Wilayah Henan di China kini berdepan musibah banjir dan sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan maut dalam banjir terburuk dalam 1000 tahun seperti yang dikatakan oleh media negeri itu.

Ekoran banjir yang melanda wilayah itu, banyak foto dan video yang dikongsikan di media sosial yang memaparkan detik-detik cemas mangsa banjir untuk menyelamatkan diri. Antara salah satunya ialah seorang wanita yang terselamat daripada maut ketika dirinya hampir dihanyutkan oleh arus deras.

Ketika arus banjir yang terus menimpa badannya., wanita itu dilihat telah berpaut pada tali yang dipegang oleh beberapa lelaki. Secara ajaibnya, dia berjaya bertahan walaupun dapat dilihat ‘hilang’ ke dalam air buat beberapa ketika.

Wanita itu berjaya diselamatkan selepas beberapa lelaki menarik tali yang dipautnya. Ramai yang memuji akan keberanian dan ketahanan wanita itu walaupun arus kuat terus ‘memaksanya’ pergi. Lelaki yang membantu menarik tali itu juga mendapat pujian di media sosial kerana telah berjaya menyelamatkan satu nyawa dalam banjir tragedi tersebut.

Sumber: Yahoo!, VF Creative


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.