Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang kepada umat manusia untuk beribadat kepada Allah. Boleh jadi kekurangan tersebut merupakan pemangkin dan semangat untuk lebih meningkatkan amal ibadat. Kekurangan yang dimaksudkan di sini ialah kekurangan dari segi fizikal, harta, kebendaan dan sebagainya.

Seperti sebuah video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @sahabatsurga, kisah seorang warga emas yang dikatakan sentiasa pergi ke masjid walaupun mengalami cacat penglihatan telah menyentuh hati ramai orang.

Berdasarkan keterangan video tersebut, lelaki tua itu sering hadir ke masjid sebelum azan berkumandang untuk menunaikan solat jemaah. Kelihatan lelaki tua itu sedang berjalan di dalam kawasan masjid sambil meraba-raba untuk mengambil saf hadapan. Dia kemudian membentangkan sejadah dengan teliti seolah-olah sudah menjadi kebiasaannya.

Video yang berdurasi 50 saat itu berjaya meraih jumlah tontonan kira-kira 94 ribu. Tidak dapat dipastikan bilakah video itu dirakam, namum rakaman itu kembali tular selepas Instagram Sahabat Surga berkongsikan di laman tersebut.

Lelaki tua tersebut telah membuktikan bahawa meskipun sudah tua dan tidak boleh melihat, beliau masih boleh mengunjungi rumah Allah. Beliau mungkin kurang dari segi fizikal, tetapi mata hatinya sentiasa terang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat lelaki berkenaan, malah ada yang membandingkan dengan amalan diri sendiri.

Sumber: Instagram SahabatSurga




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.