[ad_1]

VICTORIA melaporkan 374 kes baharu pada Selasa, jumlah harian kedua tertinggi yang pernah dicatatkan negeri itu.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews pada masa sama, mengumumkan tiga lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 126 orang maut akibat wabak itu.

Penutupan selama enam minggu yang bermula dua minggu lalu di Melbourne dan Mitchell Shire memberi kesan.

Ujarnya pelbagai langkah dilaksana bagi memastikan kes jangkitan tidak terus merebak.

Sejak catatan 428 kes dilaporkan pada Jumaat, Victoria  mencatatkan 217, 363 dan 275 kes untuk tiga hari berturut-turut.

Peraturan lebih ketat akan dikuatkuasakan di sempadan New South Wales pada Rabu yang hanya akan membenarkan komuniti sempadan menyeberang untuk tujuan kerja, kesihatan dan pendidikan sahaja.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Scott Morrison, berkata anggota tentera Australia dikerah bagi membantu pihak berkuasa kesihatan Victoria menangani masalah penularan yang semakin meningkat.



[ad_2]
Source link