NANYUKI: Usaha menyelamatkan spesies badak sumbu putih utara diteruskan di Nanyuki, Kenya pada Khamis.

Antara yang dilakukan termasuk mengeluarkan ovum dengan menggunakan teknologi reproduksi dari dua badak sumbu putih utara betina.

Menurut pakar hidupan liar dan doktor haiwan, langkah itu bagi meneruskan kelangsungan hidupan spesies itu daripada pupus.

Sebelum ini usaha seumpamanya berjaya dilakukan terhadap dua badak sumbu putih iaitu Najin dan Fatu.

Sebanyak 10 ovum yang dikeluarkan akan dihantar ke Itali bagi proses persenyawaan dan akan digunakan untuk melahirkan semula spesies itu menerusi haiwan tumpang.

Sebanyak 10 ovum yang dikeluarkan akan dihantar ke Itali bagi proses persenyawaan dan akan digunakan untuk melahirkan semula spesis itu melalui haiwan pengganti. Foto: AP

Usaha ini diketuai Institut Leibniz, Penyelidikan Hidupan Liar Kenya dan Pusat Konservasi Ol Peteja. Foto: AP

Usaha ini diketuai Institut Leibniz, Penyelidikan Hidupan Liar Kenya dan Pusat Konservasi Ol Peteja.

Pada Mac lalu, satu-satunya badak sumbu putih utara jantan yang diberi nama Sudan mati akibat masalah kesihatan yang serius.

BACA: Badak sumbu putih utara jantan terakhir dunia tenat





Source link