[ad_1]

SEEKOR kura-kura raksasa yang dianggap sebagai penyelamat spesiesnya, akhirnya dilepaskan di sebuah pulau yang tidak berpenghuni berhampiran Ecuador, selepas berpuluh-puluh tahun memberi ‘khidmat’ dalam sebuah program pembiakan kura-kura.

Menteri Alam Sekitar Ecuador, Paulo Proaño Andrade memaklumkan langkah itu merupakan penutup bagi satu bab penting Taman Nasional Galapagos, yang selama ini menjadi kediaman kura-kura bernama Diego itu.

“Sebanyak 15 ekor kura-kura termasuk Diego, akan pulang ke habitat asal selepas berpuluh tahun berada dalam kurungan demi menyelamatkan spesiesnya daripada kepupusan,” tulis Andrade di Twitter.

 'Jasamu dikenang, wahai Diego!' - Reuters

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) juga tidak ketinggalan memuat naik entri bagi memperingati peristiwa bersejarah ini.

“Kura-kura itu sudah berusia lebih 100 tahun dan mempunyai lebih 800 keturunan,” tulis UNEP di Twitter.

Diego sebelum ini tinggal di Zoo San Diego tetapi dihantar ke Galapagos sekitar 1960-an sebagai sebahagian daripada program pembiakan.



[ad_2]
Source link