[ad_1]

IPOH: UMNO Perak sepakat untuk mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Menurut Saarani, ketika ini, parti itu masih menunggu signal atau panggilan daripada istana Perak untuk menghadap.

“Ya (UMNO sudah calonkan saya),” katanya melalui aplikasi WhatsApp pada Isnin.

ADUN Kota Tampan itu berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan beliau dengan Menteri Besar, Datuk Seri Faizal Azumu.

Selain UMNO, Pas dan Bersatu juga akan menghantar nama calon Menteri Besar masing-masing.

“Ketiga-tiga parti akan hantar nama calon MB untuk diputuskan oleh DYMM Paduka Seri Sultan,” ujar beliau lagi.

Jelas beliau, Muafakat Nasional (MN) juga bersetuju untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

“(Kami) sudah berjumpa. (Kami) bersetuju menubuhkan kerajaan bersama UMNO + PAS + Bersatu,” katanya lagi.



[ad_2]
Source link