KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Tan Sri Apandi Ali sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Annuar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Apandi itu ekoran tiada surat rasmi diterima pihaknya.

“Saya tak dapat lagi surat rasmi (peletakan jawatan Apandi Ali),” katanya ringkas kepada Astro AWANI.

Apandi hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta.

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI, bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.





Source link