LONDON: Lebih 2.6 juta umat Islam di United Kingdom (UK) melakukan persiapan akhir Aidilfitri di tengah penularan COVID-19.

Uk kini berada di tangga keempat tertinggi dunia dengan jumlah kes positif tertinggi dengan 258,000 kes.

Ketika ini masjid di UK masih ditutup dan umat Islam digesa untuk menyambut 1 Syawal di rumah masing masing.

Pada minggu lepas, Ketua Pegawai Perubatan UK menggesa umat Islam UK untuk menyambut Aidilfitri dalam norma baru penjarakan sosial.

Ini adalah untuk memastikan semua komuniti dilindungi tanpa mengira fahaman agama masing masing dan penularan COVID-19 dapat dikurangkan.

Majlis Muslim Britain sebelum ini menggesa umat Islam di negara berkenaan untuk menyambut 1 Syawal sama seperti Ramadan di rumah dan secara atas talian bersama keluarga dan rakan.




Source link