[ad_1]

LONDON: United Kingdom (UK) hari ini mengesahkan dua kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Perubatan England, Prof. Chris Whitty yang turut menjelaskan, kedua-dua pesakit terbabit dari keluarga yang sama dan kini sedang dirawat di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), barat laut England.

“Kedua-duanya sedang menerima rawatan pakar di NHS dan kami telah menjalankan prosedur pencegahan bagi menghalang virus itu daripada terus merebak,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa

Tambah beliau, pegawai-pegawai kesihatan juga sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang sebelum ini mungkin pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.

“Kami telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi kes novel koronavirus di UK dan kami telah bersedia melakukan kawalan jangkitan untuk tindakan segera.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan komuniti antarabangsa bagi memastikan keadaan terkawal,” jelas kenyataan itu lagi.



[ad_2]
Source link