[ad_1]

ACARA UFC 240 yang berlangsung sebentar tadi di Edmonton, Alberta, Kanada, telah melabuhkan tirainya.

Pertarungan utama menyaksikan juara featherweight UFC, Max ‘Blessed’ Holloway dicabar petarung lagenda MMA, Frankie ‘The Answer’ Edgar.

Ini kali ketiga Holloway mempertahankan kejuaraannya selepas Jose Aldo dan Brain Ortega gagal menyaingi ketangkasan Holloway sebelum ini.

Pertarungan bermula agak perlahan bagi Holloway kerana Edgar dilihat selalu ke depan dengan beberapa kombinasi tumbukan.

Namun Holloway cekap mengawal jarak kedudukannya sepanjang pertarungan sekali gus berjaya mengelakkan diri dari sebarang kecederaan serius.

Edgar yang terkenal dengan kombinasi tumbukan dan percubaan ‘take down’, gagal menggunakan strategi yang sama ke atas Holloway.

Holloway dengan tenang berjaya mematahkan percubaan ‘take down’ Edgar sebanyak 12 kali daripada 13 kali percubaan.

Keadaan ini telah menampakkan Edgar seakan buntu dengan teknik serangannya sendiri. Holloway pula jelas mendominasi kelima-lima pusingan.

Selesai pertarungan, kesemua juri sepakat memberikan kemenangan kepada Holloway.

Kemenangan ini menyaksikan Holloway berjaya mempertahankan kejuaraannya buat kali ketiga berturut-turut.

Selain Edgar, dua petarung lain yang rebah di hadapan Holloway adalah Jose Aldo dan Brain Ortega.



[ad_2]
Source link