[ad_1]

KUALA LUMPUR: Isteri  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ bekongsi berita gembira itu di laman Facebook rasminya pada awal pagi Rabu.

Menurut TMJ, isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah peliharakan sultan,” tulisnya di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Entri tersebut juga memaparkan tiga keping gambar yang menunjukkan TMJ bersama isteri dan cahaya mata ketiga mereka di sebuah wad hospital.

Kelahiran terbaharu ini merupakan putera kedua buat pasangan diraja itu selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini juga dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3, yang juga cahaya mata sulung mereka.

Sebelum ini, Che Puan Khaleeda memuat naik gambarnya bersama TMJ berserta dua cahaya mata mereka di laman sosial dengan memaklumkan bakal menerima ahli keluarga baharu.

“Sebelum kami menjadi sebuah keluarga lima orang,” menurut posting di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda telah melangsungkan perkahwinan pada 24 Oktober 2014.



[ad_2]
Source link