BUKAN sesuatu yang asing sekiranya Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berinteraksi dengan ‘rakyat jelata’ di laman Twitter miliknya.

Rakyat Malaysia secara umumnya tahu bahawa Tunku Azizah sememangnya selalu dekat dengan rakyat menerusi perkongsian beberapa perkara berkaitan keluarga dan juga aktiviti seharian baginda.

Terbaru, Tunku Azizah pada Selasa memuat naik gambar di laman Twitter miliknya @cheminahsayang yang menunjukkan diri baginda bersama penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw berserta kapsyen ‘i got to sing with Melly Goeslow

Baginda dan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang dalam rangka lawatan selama empat hari ke Indonesia sejak 26 Ogos lalu.

Status berkenaan mendapat banyak komen dan rata-rata netizen meminta Tunku Azizah memuat naik video untuk mendengar dendangan nyanyian baginda.

Ada juga komen yang mencuit hati dengan bertanyakan sama ada baginda dapat berjumpa dengan pelakon lelaki popular dari negara jiran tersebut, Nicholas Saputra.

Satu komen yang mencuri tumpuan apabila ada netizen bertanyakan kepada Tunku Azizah dengan ayat ‘Ampun Tuanku, boleh patik tuju lagu?’
Dalam pada itu, Tunku Azizah turut ‘melaporkan’ rangka lawatannya menerusi video yang turut dimuat naik di Twitter dengan kapsyen, ‘for my twitter frens..reporting from Istana Bogor’..
Ternyata Tunku Azizah tetap ‘membawa’ rakyat jelata ke mana sahaja beliau pergi untuk berada lebih dekat dengan khalayak. Ampun Tuanku!





Source link