KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia yang akan menyambutnya pada Rabu.

“Kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia, warganegara dan bukan warganegara, saya dan isteri, mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu.”

Dr Mahathir berkata demikian dalam video pendek yang dimuat naik di laman Facebook rasminya yang menampilkan beliau menandatangani kad ucapan Hari Krismas di pejabatnya.

— BERNAMA




Source link