[ad_1]

KUALA LUMPUR: Presiden China XI Jinping mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penularan wabak COVID-19, lapor lidah rasmi Kerajaan Republik Rakyat China CCTV.

Laporan itu menulis, epidemik berkenaan boleh memberi impak kepada perhubungan antara kedua-dua negara, tetapi persahabatan erat antara China dan Malaysia tetap utuh.

“China menghargaai sokongan dan pemahaman daripada masyarakat antarabangsa, termasuk negara jiran yang mesra, seperti Malaysia,” kata Jinping dalam laporan itu.

Laporan itu turut menyebut bahawa Dr. Mahathir ada memuji usaha China dalam menangani penularan wabak itu serta kemajuan yang sudah dicapai China.

CCTV turut menulis bahawa Perdana Menteri bersedia untuk menghulurkan lebih banyak bantuan.



[ad_2]
Source link