[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kecelaruan politik negara yang masuk hari empat semalam belum terungkai dengan tanda tanya siapa bakal Perdana Menteri kelapan untuk membentuk kerajaan belum terjawab.

Namun, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tiada majoriti untuk membentuk satu kerajaan.

Dr Mahathir dalam satu sidang media selepas pembentangan pakej ransangan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini berkata, buat masa ini tiada petunjuk majoriti telah diperoleh untuk membentuk satu kerajaan baharu.

Semalam, Dr Mahathir mengesyorkan penyelesaian kuat iaitu pembentukan kerajaan campuran yang tidak memihak mana-mana parti politik.

Syor itu disuarakan Dr Mahathir dalam perutusan disiarkan secara langsung dari Putrajaya semalam, bersama kesediaannya kembali memimpin negara jika masih mendapat sokongan.

Beliau turut menyatakan satu sidang khas Parlimen akan berlangsung pada 2 Mac (Isnin) bagi menentukan siapa Perdana Menteri kelapan. 

Hal ini adalah susulan pertemuan Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kesemua 221 ahli Parlimen gagal mendapatkan majoriti.

“Keputusan pertemuan itu, baginda tidak menemui satu pihak yang mempunyai majoriti. Oleh itu, langkah seterusnya ialah melalui Parlimen.

“Dewan Rakyat akan menentukan siapa yang mendapat majoriti dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Jika Dewan Rakyat gagal menentukan majoriti, langkah seterusnya ialah pilihanraya umum.

“Jika yang mendapat majoriti tidak terikat dengan mana-mana parti, maka Parti boleh ditubuhkan dan semua parti politik boleh mempunyai wakil dalam kabinet,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Pakej Ransangan Ekonomi di sini, pada Khamis.



[ad_2]
Source link