[ad_1]

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Pejabat Perdana Menteri pada Selasa memaklumkan, antara pemimpin parti politik yang hadir ialah Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dari Gabungan Parti Sarawak, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR).

Pemimpin lain Lim Guan Eng (DAP), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri turut memberitahu, Dr Mahathir juga mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bebas).

Dr Mahathir juga dijangka bertemu Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal esok.



[ad_2]
Source link