[ad_1]

HANOI: Sempena lawatannya ke Vietnam selepas 21 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diberi penghormatan memandu uji kereta VinFast, buatan sulung Vietnam.

Kenderaan SUV Model Lux SA (A) 2.0 itu dipandu Perdana Menteri selama 10 minit dalam perkarangan Hoa Lac Hi-Tech Park, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Hanoi.

Semasa sesi uji pandu itu, Perdana Menteri ditemani Pengerusi VinFast,  Pham Nhat Vuong.

Selain SA (A) 2.0, dua lagi model dikeluarkan Vinfast iaitu Fadil 1.5 dan Black Sedan – LUX A 2.0.

Vinfast  ialah anak syarikat Vingroup, sebuah syarikat terbesar di Vietnam.

Model itu dilancar bulan lalu menerusi usahasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka dunia.

Harga pasaran tempatan kenderaan terbabit  antara RM70, 000 dan RM250,000.

Perdana Menteri sebelum itu melawat Hoa Lac Hi-Tech Park, berucap kepada 100 pelajar University FPT mengenai ‘Persediaan Malaysia Dalam Mendepani IR 4.0’ selain melihat pameran kereta VinFast.

Ini kali pertama Tun Dr Mahathir melawat Vietnam selepas menjadi Perdana Menteri kali kedua Mei lepas.

Kali terakhir lawatan Perdana Menteri ke negara sosialis itu adalah pada 1998.

Asas lawatan Perdana Menteri ke Vietnam ini bertujuan meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam perdagangan, pertanian dan teknologi tinggi.



[ad_2]
Source link