Tular di media sosial sejak semalam apabila YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan tampil membuat lawatan mengejut di Hospital Kajang dengan memakai pakaian kasual tanpa iringin atau sambutan.

Gaya beliau yang bersahaja sekaligus membuatkan netizen teruja dengan inisiatif YB Khairy Jamaluddin yang sanggup meluangkan meninjau keadaan di Hospital Kajang serta meluangkan masa bersama para staf.

Tidak hanya mendapat pujian yang tinggi daripada para netizen, atlet renang tanah air, Pandelela Rinong tampil berkongsi di Twitter mengenai sikap KJ yang beliau ingati sehingga kini.

Menurut perkongsian beliau, KJ sebelum ini turut pernah membuat lawatan mengejut suatu masa dahulu untuk menonton pertandingan terjun di mana beliau memilih untuk tampil tanpa sambutan atau iringan serta duduk di tempat duduk penonton biasa.

Perkongsian Pandelela Rinong ini nyata membuatkan para netizen teruja serta memuji dengna sikap KJ yang bersahaja serta tidak kekok untuk turut padang bersama para penonton dan rakyat.

Pendedahan yang dibuat Pandelela sekaligus membuka mata orang ramai bahawa bahawa lawatan mengejut yang dilakukan KJ bukanlah sesuatu yang baru. Malah, beliau turut melakukan perkara yang sama sebelum ini dalam memantau mereka yang berada di bawah portfolio beliau.

Tular pada akhir bulan lalu apabila YB KJ tampil memberi respon ringkas selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan berikutan isu yang berlaku pada ketika itu.

‘Assalamualaikum’ – Respon Pantas KJ Terhadap Video Tular Selepas Sah Pegang Jawatan Menteri Kesihatan

Nazir Razak Cuba Jalani Hidup Sebagai Pemandu e-hailing, Dapat RM67.00 Dalam Masa 4 Jam

Tular Dakwaan Tahan Pesakit ‘Sihat’ Di ICU, Ini Jawapan KKM

 




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.