[ad_1]

BAGAN SERAI: Treler yang membawa bahan kimia mudah terbakar yang terbalik ke dalam parit di Kampung Parit Mentara 3 di sini pada Rabu, masih belum berjaya dinaikkan sehingga Khamis malam.

Ia disebabkan salah satu daripada dua kren yang dihantar untuk melaksanakan tugasan itu mengalami kerosakan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kren berkenaan mengalami masalah elektrikal akibat disambar kilat ketika hujan kira-kira jam 3.30 petang.

“Buat masa ini kita masih menaruh harapan agar kren dapat dibaiki segara, sementara itu kita terus membuat pemantauan,” katanya.

Menurutnya, walaupun tiada bacaan bahan berbahaya direkodkan di kawasan berkenaan, penduduk yang dinasihatkan berpindah masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Tiada bacaan bahan berbahaya direkodkan di kawasan berkenaan.

“Penduduk tidak dibenarkan lagi untuk pulang ke rumah kerana  pergerakan kren dan petugas akan menjejaskan aktiviti harian mereka,” ujarnya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 24 orang daripada lima keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Al-Rahman di kampung berkenaan.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dewasa dan lapan wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan serta seorang bayi perempuan.

Pusat pemindahan sementara itu dibuka pada Khamis di mana sebelum ini mangsa berpindah ke rumah jiran atau saudara terdekat.



[ad_2]
Source link