[ad_1]

ALOR SETAR: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah hotel bertaraf tiga bintang daripada musnah dijilat api di Alor Setar pada Isnin.

Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada bahagian dapur hotel berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sepasukan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 6.50 petang.

Api berjaya dikawal daripada merebak dan berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa yang singkat.

Tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi kejadian ketika kebakaran berlaku.

Punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.



[ad_2]
Source link