[ad_1]

LONDON: Keputusan Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson menggantung Parlimen selama lima minggu sebelum ini adalah tidak sah.

Hakim Mahkamah Agung Britain mendapati keputusan dibuat Johnson itu bertentangan dengan laras undang-undang.

Antara lain, presiden Mahkamah Agung, Lady Hale memutuskan adalah menyalahi undang-undang apabila tidak membenarkan ahli-ahli Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka menjelang Brexit pada 30 Oktober ini.

Johnson yang kini semakin tertekan dengan desakan letak jawatan mengakui tidak bersetuju dengan keputusan tersebut tetapi tetap menghormatinya.

Sementara itu, pegawai kanan kerajaan berkata Ratu Elizabeth dimaklumkan Johnson mengenai perkembangan berkenaan tetapi butiran terperinci perbualan bagaimanapun tidak didedahkan.

Johnson turut mempengerusikan perbualan telefon selama 30 minit dengan barisan Kabinet sekembalinya ke London dari New York.

Pada 29 Ogos lepas, Ratu Elizabeth memperkenankan permintaan Perdana Menteri UK itu untuk menggantung Parlimen sejak Isnin lepas hingga 14 Oktober ini.

Bagaimanapun, selepas keputusan tidak sah itu, Parlimen UK akan bersidang semula pada jam 11.30 pagi waktu tempatan untuk membincangkan berkenaan isu Brexit.



[ad_2]
Source link