[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bagi perjalanan 1 hingga 14 Julai akan dibuka untuk jualan mulai Khamis.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu hantaran di laman Twitter rasminya menyatakan jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula Jumaat ini.

“Anda (pengguna) dinasihatkan membuat pembelian tiket menerusi www.ktmb.com.my atau aplikasi KTMB MobTicket,” menurut kenyataan itu.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang yang sama atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 atau e-mel ke [email protected] — BERNAMA



[ad_2]
Source link