BUKIT MERTAJAM: Tiga penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Pala 6, Kawasan Perindustrian Permatang Tinggi, di sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika ketiga-tiga suspek, yang merupakan warga asing, sedang melakukan jenayah pecah kilang di kawasan itu.

Menurut sumber, mereka yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Bagaimanapun ketika melarikan diri, suspek turut bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah polis, menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan.

Dalam kejadian berbalas tembakan itu, ketiga-tiga suspek maut di lokasi kejadian.

Sepucuk pistol serta parang termasuk peralatan melakukan jenayah pecah kilang ditemui di dalam kenderaan yang dinaiki suspek.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga suspek dipercayai merupakan kumpulan yang aktif melakukan jenayah pecah kilang di sekitar kawasan tersebut.





Source link