[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tiga orang termasuk seorang bayi dilaporkan maut dalam satu kebakaran rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim, Hulu Selangor, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.30 pagi, pada Isnin.

“Seramai 21 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian.

Rumah yang terbakar dalam kebakaran pagi tadi.
“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah rumah berkeluasan 1,200 kaki persegi mengalami kebakaran 70 peratus.

“Mangsa dipercayai sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an dan bayi lelaki mereka… kesemua mereka rentung dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Dua kereta yang turut terbakar dalam kejadian pagi tadi.
Mengulas lanjut, PGO JBPM Selangor berkata operasi dapat dikawal sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.



[ad_2]
Source link