[ad_1]

NEW YORK: Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka maut selepas pesawat ringan dinaiki tiga beranak itu terhempas di belakang sebuah rumah di Philadelphia, Amerika Syarikat semalam.

Polis tempatan berkata pesawat penumpang satu enjin itu terhempas kira-kira 6 pagi (waktu tempatan) di Upper Moreland, Pennsylvania, kira-kira 32km dari Philadelphia.

Kenyataan polis Upper Moreland mengesahkan mangsa yang terbunuh ialah pasangan suami-isteri berusia 60 dan 54 tahun serta anak perempuan mereka berusia 19 tahun.

“Tiada penduduk di kawasan perumahan itu yang cedera.

“Serpihan pesawat terbabit dijumpai bertaburan di kawasan belakang empat rumah,” kata Ketua Polis Upper Moreland, Michael Murphy pada sidang akhbar.



[ad_2]
Source link