[ad_1]

SUNGAI PETANI: Pengumuman hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula minggu lalu tidak perlu dikhuatiri oleh mana-mana pihak terutama mereka yang bukan beragama Islam.

Munsyi Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri Azit berkata, pelaksanaan Hari Jawi adalah bertujuan untuk mengekal dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang merupakan tulisan perantaraan sejak sebelum merdeka lagi.

Katanya, pihak yang tidak berpuas hati seharusnya tidak mempolitikkan isu pelaksanaan kempen ‘Hari Jumaat Hari Jawi’ hingga melabelkannya sebagai satu agenda Islamisasi di negara ini.

Sabri yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tulisan jawi ini tidak memberi kesan buruk kepada orang bukan Islam malah ia membolehkan asas mengharmonikan hubungan sesama insan dapat diperkukuhkan.

“Penulisan jawi ini tiada kaitan langsung dengan kepercayaan mahupun melibatkan agama kerana ia hanyalah berteraskan tulisan semata-mata,” katanya.

Mengulas lanjut, Sabri berkata, salah faham seperti ini perlu dirungkai agar tulisan jawi ini tidak dijadikan tulisan untuk orang Islam sahaja.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan berkata, usul ini dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan telah mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.



[ad_2]
Source link