Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebut sahaja ‘Nasi Ganja’, sudah pasti akan membuatkan rasa terliur buat sesiapa yang pernah makan nasi yang cukup terkenal di bandaraya Ipoh. Memandangkan aktiviti merentas negeri masih lagi dilarang, ia menyukarkan peminat-peminat untuk mendapatkan nasi tersebut.

Namun, itu bukan penghalang bagi orang Malaysia mendapatkannya kerana jika tidak boleh bergerak menggunakan jalan darat, masih ada laluan udara untuk digunakan.

Terbaharu, Astro Awani melaporkan ada sebuah helikopter milik sebuah syarikat swasta telah mendarat di Padang Ipoh pada pagi tadi untuk mengambil pesanan 36 bungkus ‘nasi ganja’ yang dibuat dari Kuala Lumpur.

@501awani

Ambil 36 bungkus ‘nasi ganja’ dengan helikopter #TikTokNews #FYP #AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

vocket-mengidam-nasi-ganja-hantar-pakai-helikopter-3

Sumber Gambar: Facebook Dyno Shahril

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan kehadiran sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi dan telah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh untuk siasatan lanjut.

“Setelah membuat semakan dengan CAAM Ipoh, didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” kata beliau ketika dihubungi pihak Astro Awani.

vocket-mengidam-nasi-ganja-hantar-pakai-helikopter-4

Sumber Gambar: Astro Awani

Menurut pemilik perniagaan ‘nasi ganja’ tersebut yang enggan dikenali memberitahu dia terpinga-pinga apabila menerima tempahan 36 bungkus nasi berlauk ayam, daging, telur masin dari pelanggan yang akan diambil menggunakan helikopter dari Kuala Lumpur.

“Saya agak ragu-ragu juga, kerana tidak pernah ada pelanggan yang mengambil tempahan dengan menaiki helikopter.

“Namun saya terkejut kerana rupa-rupanya tempahan makanan memang benar diambil menggunakan helikopter.

“Ini pertama kali tempahan diambil oleh pelanggan menggunakan helikopter. Ini merupakan tempahan paling mewah pernah saya terima, tetapi harganya tetap sama iaitu RM10 setiap bungkus,” katanya.

Seorang lelaki terkejut apabila seorang rider GrabGood hantar pesanannya dengan menaiki supercar. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pelanggan Terkejut ‘Abang GrabFood’ Hantar Makanan Naik McLaren 720S

‘Rider’ Foodpanda Buat Pelanggan Terkejut Hantar Makanan Guna Harley Davidson




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.