[ad_1]

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata wabak ini boleh diperolehi di mana-mana dan jangka masa inkubasi wabak sekitar dua hingga empat hari.

Katanya, influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang berjangkit melalui sistem pernafasan dengan gejala utama seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan.

“Pada masa ini, di Johor tiada wabak penyakit Influenza A (H1N1) di Johor dan wabak ini boleh diperoleh di mana-mana.

“Jadi kalau pesakit balik dari Johor awal bulan, pada ketika ini sudah lewat bulan (berminggu) mungkin dia berjangkit di kalangan rakan-rakan,” katanya sebagai mengulas dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangkiti Influenza H1N1 selepas bercuti di Johor awal bulan ini.

Jelas Mohd Khuzzan, gejala dan tanda-tanda jangkitan adalah berbeza mengikut kategori umur mereka yang dijangkiti.

Katanya wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selesema ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).

“Kebanyakan demam selsema yang dilaporkan sebelum ini adalah disebabkan virus influenza
bermusim antara lainnya meliputi Influenza A ataupun Influenza B.

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan salur pernafasan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

“Amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat,” katanya.

Pada Jumaat, dilaporkan dua pegawai TLDM yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1).

Cawangan Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam kenyataan ada memaklumkan keadaan itu bermula awal bulan ini setelah mereka pulang daripada bercuti di Johor.



[ad_2]
Source link