[ad_1]

JOSE Mourinho percaya tiada pasukan di dunia mampu menangani masalah kecederaan seperti yang melanda Tottenham Hotspur ketika ini.

Spurs disingkirkan daripada Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas 0-3 kepada RB Leipzig dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Arena Red Bull awal pagi tadi.

Kesilapan penjaga gol, Hugo Lloris, membantu Marcel Sabitzer meletakkan Leipzig berkelebihan dua gol dalam babak pertama sebelum pemain gantian, Emil Forsberg, menjaringkan gol pada lewat permainan untuk pasukan tuan rumah itu ke suku akhir dengan agregat 4-0

Ia bermakna harapan Spurs untuk menamatkan penantian trofi musim ini musnah serta-merta dan mereka juga sedang bergelut untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan — skuad kendalian Mourinho itu kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris.

BACA: Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk 

Tottenham kehilangan khidmat Son Heung-min sejak bulan lalu gara-gara patah lengan manakala penyerang utama, Harry Kane, pula diketepikan sejak awal tahun ini.

Pertahanan sayap, Ben Davies, turut terlepas kunjungan ke Leipzig itu kerana kecederaan paha dan dengan ketiadaan Davinson Sanchez, kerapuhan pertahanan Spurs mudah diekploitasi Leipzig.

Ditanya sama ada masalah kecederaan itu menjadi punca pasukannya tersingkir, Mourinho berkata dalam sidang media: “Amat sukar untuk saya memperkatakan mengenai kecederaan tetapi anda mahu saya bercakap mengenai perkara yang sudah jelas berpunca daripada kecederaan ini?

“Jika anda mahu melakukan latihan minda dan membayangkan Leipzig malam ini turun tanpa Sabitzer, (Patrick) Schick, (Timo) Werner, anda fikir mereka boleh menang?

BACA: Bintang Tottenham seperti mati, skuad dalam bahaya – Mourinho

BACA: Tottenham tewas, Dier bertelingkah dengan penyokong sendiri

“Anda mahu membayangkan Liverpool tanpa (Mohamed) Salah, (Sadio) Mane, (Jordan) Henderson, Barcelona tanpa (Antoine) Griezmann, (Lionel) Messi, (Luis) Suarez, (Gerard) Pique, anda mahu membayangkan perkara ini terjadi kepada setiap pasukan di dunia?

“Saya fikir setiap pasukan akan bergelut jika kehilangan lima atau enam pemain utama. Ia semudah itu.

“Semua pemain Leipzig dapat diturunkan. Forsberg dapat bermain, (Yussuf) Poulsen dapat diturunkan, mereka semua boleh mengisi kekosongan di dalam pasukan saya.

“Saya amat yakin pasukan kami akan meningkat musim depan dengan kehadiran pemain ini (yang akan kembali daripada kecederan).

“Tetapi kami juga menyedari beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

“Masalah kami tidak berakhir dengan kecederaan tetapi tiada pasukan di dunia boleh menangani masalah kecederaan yang terlalu lama.

“Anda boleh menanganinya dalam satu atau dua perlawanan tetapi anda tidak dapat melakukannya sehingga tiga atau empat bulan.

“Ia terlalu lama,” katanya.



[ad_2]
Source link