Pengumuman penghapusan sebahagian hutang peneroka Felda oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menimbulkan pelbagai persoalan setelah tersebar perjanjian penghapusan pinjaman tersebut, kata anggota dewan undangan negeri (Adun) Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Menurut Faiz, antara isu hangat yang dibangkitkan peneroka adalah terma penyerahan pengurusan kebun peneroka kepada Felda.

“Persoalan yang ditimbulkan berkaitan isu tersebut termasuk berapa lamakah tempoh pengurusan kebun oleh Felda?

“Apakah formula kos-untung antara Felda dan peneroka dan apakah hak peneroka untuk menamatkan perjanjian jika baki hutang telah dibayar penuh?” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Muhyiddin pengumumkan kerajaan secara dasar bersetuju cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Sehubungan itu Faiz berkata, terma-terma tersebut perlu dinyatakan secara jelas di dalam perjanjian tersebut supaya tidak wujud ketidakadilan.

Katanya, terma perjanjian yang tidak munasabah dan kuasa tawar-menawar yang tidak adil (inequality of bargaining power) boleh menyebabkan perjanjian tersebut terbatal di sisi undang-undang.

“Peneroka adalah pihak yang bergantung kepada Felda dan tawaran penghapusan hutang meletakkan peneroka dalam keadaan berat sebelah. Peneroka tidak boleh selama-lamanya dibelenggu dengan beban hutang.

“Maka, terma-terma yang jelas perlu dinyatakan di dalam perjanjian tersebut supaya lebih telus dan adil kepada kedua-dua pihak.

“Oleh kerana Felda adalah sebuah badan berstatutori yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Tanah 1956, maka ia adalah entiti berkepentingan awam.

“Jadi bukan sahaja peneroka berhak tahu terma-terma penuh dan jelas perjanjian tersebut, malahan rakyat juga perlu diberikan maklum supaya ketelusan dan akauntabiliti dalam tatakelola pemerintahan kerajaan dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Felda hari ini mempertahankan perjanjian pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat sebagai adil kepada peneroka dan mereka.

“Penghapusan ini adalah berdasarkan syarat peneroka perlu menghantar hasil atau menyerahkan pengurusan kebun kepada Felda.

“Peneroka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada Felda,” menurut kenyataan itu.


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.