[ad_1]

BESUT: Seorang kontraktor dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di tepi tali air di Kampung Padang Baloh, di sini, dalam satu kejadian pada Rabu.

Ketika itu, Mohd Faizul Mat Nor, 36 tahun, mahu memulakan kerja memasang longkang bersama rakannya, kira-kira jam 9.30 pagi.

Difahamkan, dia telah bekerja di lokasi itu selama seminggu sebelum kali pertama melihat buaya tersebut semalam.

Bimbang berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini, dia dan rakannya segera mengambil tali untuk menjerat badan buaya itu.

Mohd Faizul berkata, pada awalnya buaya itu kelihatan jinak, tetapi ketika ditangkap, ia menjadi sedikit agresif.

Mereka mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menangkapnya.

Buaya itu seterusnya diserahkan ke pejabat Perhilitan Kampung Padang Tapong, Pelagat, di sini.



[ad_2]
Source link