[ad_1]

KEMELUT dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan perkembangan terbaharu dengan Pengerusi parti berkenaan dari Johor Hassan Karim difahamkan meletakkan jawatannya.

Ahli parlimen Pasir Gudang itu dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu namun ditolak.

“Datuk Seri (Anwar) tidak melayan surat peletakan jawatan Hassan kerana beliau memerlukan Hassan untuk mengetuai PRK di Joho,.

“Tetapi Hassan melepaskan jawatan kerana menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengannya,” kata sumber parti berkenaan kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lalu.

Bagaimanapun, sumber berkenaan menafikan peletakan jawatan Hassan mempunyai kaitan dengan pergolakan dalaman yang melanda kepimpinan tertinggi parti ketika ini.

“Pergolakan dalaman antara individu tersebut dengan Hassan telah lama berlaku tetapi sejak kebelakangan ini tekanannya makin kuat.

“Tetapi kes ini (peletakan jawatan) memang tidak berkaitan dengan perbalahan parti,” kata sumber itu lagi kepada Astro AWANI.



[ad_2]
Source link