Tempat kerja terus menyumbang kepada pertambahan kluster baru di Malaysia dengan sejumlah 1,328 kluster membabitkan tempat kerja dikesan sehingga hari ini dengan 147,040 kes positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sektor perkilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja iaitu 95,156 kes yang membabitkan 639 kluster.

“Kebanyakan kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus),” menurutnya dalam kenyataan berkaitan perkembangan situasi Covid-19 hari ini.

Beliau berkata kelekaan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan merupakan antara penyumbang kepada kes kluster tempat kerja.

Katanya walaupun kementerian telah menetapkan pelbagai garis panduan dan SOP di tempat kerja seperti penjarakan fizikal, mengehadkan jumlah pekerja yang hadir ke tempat kerja dan sebagainya namun tahap kesedaran berkaitan kepentingan pelaksanaan SOP masih perlu dipertingkat.

“Masyarakat khususnya majikan dan pekerja perlu menyedari bahawa kepatuhan kepada garis panduan adalah untuk kebaikan mereka juga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata usaha berterusan oleh majikan dalam menjalankan ujian saringan ke atas pekerja amat dihargai sebagai langkah awal bagi membendung penularan jangkitan di tempat kerja.

Beliau juga berkata menurut rekod, Kluster Jalan Tiga Salak di Selangor yang membabitkan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang melaporkan jumlah kes tertinggi iaitu 873 kes setakat ini diikuti Kluster Industri Senawang, yang mencatat 752 kes.

“Seterusnya Kluster Industri Batu Berendam, Melaka mencatat 641 kes dan Kluster Jalan Padang Tembak Kelantan, Terengganu dengan 598 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehubungan itu, penguatkuasaan SOP di tempat kerja wajar dipertingkat dalam usaha untuk terus mengekang jangkitan Covid-19 khususnya melibatkan kluster di tempat kerja.

– Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.