[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tanggal 20 Disember selepas solat Jumaat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah laknat di Masjid Kampung Baru di ibu negara.

Berikut ialah teks penuh sumpah laknat Najib yang dibacakan di depan ribuan jemaah:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim

Pada hari ini 20 Disember 2019 bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia dan pada hari Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah.

A’uzubillahi minas syaitonirojim
Bismillahirrahmanirrahim
Wallahi, wabillahi, watallahi

Alhamdulillah … sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu.

Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.

Jika saya berdusta, maka laknat Allah SWT atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali.

BACA: Sumpah laknat: “Saya tidak pernah jumpa, tidak mengenali Altantuya” – Najib Razak

BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak

BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri

Ahli Parlimen Pekan itu diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah serta dua orang anaknya, Mohd Nizar Mohd Najib dan Nooryana Najwa.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta dua orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.



[ad_2]
Source link