KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Krismas di tengah Filipina bertukar suram selepas Taufan Phanfone membadai negara itu pada malam menjelang Krismas.

Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kepulauan Visayas, selain menyebabkan banjir kilat di wilayah tersebut.

Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka dan ribuan lagi terkandas di pelabuhan di seluruh negara selepas perkhidmatan feri dihentikan.

Gabenor wilayah Leyte, Dominic Petilla memberitahu sekurang-kurangnya seorang maut akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina, taufan Phanfone boleh mencecah kelajuan maksimum 140 kilometer sejam.




Source link