WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan lawatan kerjanya ke Poland selepas Taufan Dorian membadai Florida.

Menurut Trump, adalah sangat penting untuk beliau berada di Washington ketika ini bagi menangani bencana alam itu.

Tambahnya, keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan dan memberikan perlindungan kepada rakyat Amerika Syarikat semasa berdepan taufan tersebut.

Trump dijadual berlepas ke Warsaw pada Sabtu untuk lawatan kerja ke Poland bagi memperingati ulang tahun ke-80 perang dunia kedua.

Bagaimanapun, Naib Presiden Mike Pence akan mewakili Trump pada lawatan tersebut.

Gabenor Florida, Ron Desantin sebelum ini mengisytiharkan darurat untuk daerah di laluan Taufan Dorian.

Taufan itu bergerak dari kepulauan Carribbean ke kawasan pantai timur Amerika Syarikat.

Taufan Dorian kini masih dalam Kategori 1 dengan kelajuan angin 85 batu sejam (bsj). Ia dijangka mencapai tahap Kategori 4 dalam dua hari berikutnya dengan catatan kelajuan angin melebih 130 bsj.

Ia berkemungkinan mencapai Kategori 5 jika kelajuan angin melepasi 157 bsj.





Source link