SERBIA: Seorang remaja ‘magnetik’ diangkat sebagai hero di Serbia selepas keistimewaan yang dimiliki dikatakan mampu mengubati penduduk sekitar.

Remaja yang dikenali sebagai Luka itu dilaporkan menjadi terkenal secara tiba-tiba selepas penduduk di sebuah perkampungan di Zdrelo mula mendakwa ‘kuasanya’ mampu menyembuhkan sakit.

Media tempatan melaporkan, penduduk kampung akan mengunjungi remaja berkenaan bagi mengubati sakit dan percaya tangan Luka mampu mengubatinya.

Luka dilaporkan mampu menyembuhkan sakit dengan hanya meletakkan tapak tangannya pada bahagian yang sakit selama tiga minit.

Ada yang mendakwa kuasa Luka seumpama magnet apabila dia mampu menarik perkakasan dapur seperti sudu dan garpu melekat ke tubuhnya.

Luka juga difahamkan tidak menderita sebarang penyakit meskipun tangannya sentiasa dalam keadaan panas.

Lebih dahsyat lagi apabila tangan Luka dikatakan akan menjadi lebih panas apabila tidak menggunakan kuasanya.

Doktor di kawasan itu turut gagal menjelaskan situasi Luka kerana remaja itu tidak mengalami sebarang penyakit dan tidak berdepan kesukaran dengan kelebihannya itu.





Source link