[ad_1]

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang lewat malam tadi.

Allahyarham, 87 tahun, memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines sejak 1982 hingga 1992.

Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan di laman Facebook Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam).



[ad_2]
Source link